Back to Recipe Print

Recipe for "Selar Berlada Tumbuk Asam"


Tips

Jika tidak larat hendak menumbuk, bolehlah dikisar. Tapi lebih sedap ditumbuk.

Boleh diganti dengan ikan lain.

Ingredients

Ikan Selar 8 ekor
Cili Padi 25 biji
Bawang Besar 3 biji
Bawang Putih 7 ulas
Pes Asam Jawa 1 sudu besar
Gula 3 sudu besar
Garam Secukupnya
Tomato (Belah Empat) 2 biji

Instructions

1

Ikan digoreng garing seperti biasa. Ketepikan.

2

Tumbuk semua bawang, cili padi dan 1 biji tomato bersama sehingga betul-betul lumat.

3

Tumis di dalam minyak yang cukup sehingga naik bau. Sentiasa tambah air sedikit sedikit utk mengelakkan dari kering.

4

Ketika cili sudah masak, masukkan gula, garam dan pes asam jawa. Gaul rata dan tambahkan sedikit air jika mahu berkuah.

5

Jangan lupa untuk merasa. Pastikan manisnya ada, barulah digaul bersama ikan dan baki tomato.