Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Masak Telur Masin (Salted Egg Crab)"


Tips

Anda boleh mengubah kepekatan kuah dengan menambah susu dan tepung jagung. Kepedasan juga boleh diubah mengikut citarasa masing-masing

Ingredients

Ketam 3 ekor
Telur Masin 4 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Merah 2 biji
Daun Kari Beberapa helai
Mentega Setengah buku
Susu Cair Secukupnya
Gula Secukup rasa
Tepung Jagung Sesudu

Instructions

1

Cuci ketam sebersihnya. Boleh potong kepada 2 bahagian.

2

Bersihkan telur masin dan rebus sehingga masak.

3

Setelah masak, ambil semua bahagian kuning telur dan 1 bahagian putih telur sahaja. Hancurkan menggunakan sudu atau senduk.

4

Potong halus bawang putih dan cili.

5

Panaskan mentega, letak sedikit sahaja minyak masak untuk mengelakkan mentega hangus.

6

Masukkan bawang putih & cili yang sudah dipotong tadi. Selepas itu masukkan daun kari. Masak sehingga naik bau.

7

Masukkan susu cair sedikit demi sedikit secukupnya. Masukkan sedikit gula dan gaul hingga sebati.

8

Masukkan telur masin yang dihancur tadi. Gaul hingga sebati.

9

Masukkan ketam dan gaul sehingga rata.

10

Akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air sedikit. Gaul sehingga kuah sebati dengan ketam.