Back to Recipe Print

Recipe for "Paprik Sotong"


Tips

Sotong jangan over cooked nanti jadi liat

Ingredients

Sotong Potong Kecil 500 gm
Bawang Putih - Diketuk 2 ulas
Bawang Besar - Dihiris 1 labu
Serai - Diketuk 1 batang
Halia - Hiris Nipis 1/2 inci
Daun Limau Purut - Disiat2 3 helai
Bunga Kobis 100 gm
Putik Jagung 5 batang
Kacang Panjang 2 helai
Cili Boh 2 sudu
Cili Api - Diketuk 5 biji
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Limau Nipis Setengah biji
Tomato - Potong Baji 1 biji
Minyak Utk Menumis 2 sudu besar
Air Satu cawan

Instructions

1

Panaskan minyak

2

Tumis bawang putih hingga baik bau
Lepas tu masukkan serai, halia dan cili boh
Tumis lagi hingga pecah minyak

3

Masukkan sotong
Masukkan sos tiram dan sos cili
Tuangkan secawan air
Masukkan bawang besar yg dah dihiris nipis, cili api, putik jagung, bunga kobis, kacang panjang dan daun limau purut serentak

4

Selepas tu masukkan garam
Akhir sekali perahkan asam limau dan masukkan tomato

5

Kaup balik dan terus padamkan api