Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Goreng Tepung"


Tips

Limau boleh dikecualikan jika tidak suka masam.

Ingredients

Ikan (Apa-Apa Ikan) 6 ekor
Garam 1/2 sudu kecil
Serbuk Kunyit 3 sudu besar
Tepung Gandum 4 sudu besar
Tepung Beras 3 sudu besar
Limau Nipis 1 biji
Air Masak 1/2 cawan

Instructions

1

Bersihkan ikan dan tus hingga kering. Gaulkan dengan sedikit garam.

2

Campur semua bahan kecuali limau dan campurkan air cukup-cukup kepekatan tepung untuk menyaluti ikan.

3

Panaskan minyak. Kuantiti minyak cukup sekadar ikan tenggelam separuh sahaja. Tidak perlu tenggelam sepenuhnya.

4

Ambil ikan dan salut dengan tepung dan terus digoreng sehingga garing pada kedua belah.

5

Tus ikan dari minyak. Susun di dalam pinggan dan perahkan limau di atasnya. Sedia dihidang.