Back to Recipe Print

Recipe for "Paprik Ayam"


Tips

Selain kacang panjang & cendawan butang boleh juga masukkan lobak merah atau apa sahaja sayuran yang anda suka.

Ingredients

Dada Ayam 1 keping - potong dadu
Serai 1 batang - ketuk
Bawang Besar 1 biji - hiris
Daun Limau Purut 3 helai
Cili Padi Merah 5 biji - ketuk
Cili Padi Hijau 5 biji - ketuk
Bawang Merah 5 biji - hiris
Bawang Putih 3 ulas - cincang
Kacang Panjang 3 tangkai - kerat pendek
Cendawan Butang 6 kuntum - belah 2
Tomato Ceri 10 biji - belah 2
Cili Kisar 1 camca besar
Sos Cili 2 camca besar
Sos Tomato 1 camca besar
Sos Tiram 1 camca besar
Gula 1 camca besar
Sos Ikan 1 camca besar
Limau Kasturi 1 biji - perah jus
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Tumis bawang merah, bawang putih & serai hingga harum, masukkan cili kisar & masak hingga cili garing.

2

Tambah sos tiram & masukkan ayam. Gaul rata & biarkan hingga ayam berubah warna.

3

Masukkan sos cili, sos tomato & kacau.

4

Masukkan cili padi, lobak merah & masak hingga lobak lembut.

5

Tambah cendawan, kacang panjang & bawang besar, gaul rata masukkan daun limau purut.

6

Perasakan gula & sos ikan. Tuang jus limau & perasakan garam. Kacau sekejap, hidang.