Back to Recipe Print

Recipe for "Siput Sedut Masak Lemak"


Tips

tips untuk memudahkan kerja bagi memotong belakang siput.
anda bolehlah mencuba menggunakan playar. jimat masa berbanding jika memotong menggunakan parang.

Ingredients

Siput Sedut 1 bungkus RM6
Santan Kotak Ayam Brands 200ml
Daun Kunyit 1 helai (besar)
Cili Padi 7 biji
Bawang Putih 2 ulas
Serai 2 tangkai
Bahan Dikisar
Bawang Merah 3 biji
Kunyit Hidup 5cm
Lada Hidup 3 batang

Instructions

1

Basuh bersih siput sedut, dan potong belakang siput.
(kalau tak potong cmana nak sedut kan?)

2

Panaskan minyak, dan tumis bawang putih yang telah dimayang halus sehingga bau wangi naik.

3

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga sedikit garing, dan masukkan serai yang telah diketuk.

4

Santan 200ml dibahagi dua.
Masukkan bahagian pertama(pekat) dan kacau.
Masukkan siput yang telah dipotong belakang dan dibasuh bersih.

5

Masukkan air sehingga separuh siput tenggelam.
Masukkan daun kunyit, dan cili padi yang telah direcak.
Kacau sehingga mendidih, dan masukkan sebahagian lagi santan yang dicampur dengan sedikit air sehingga siput tenggelam.