Back to Recipe Print

Recipe for "Fettuccine Carbonara"


Tips

*Minyak dimasukkan semasa merebus fettuccine/ spaghetti bagi mengelakknya melekat.

*Carrot & Broccoli boleh juga dicelur/stim untuk mengekalkan kesegaran sayur. Campurkan sayur semasa dihidangkan di pinggan

Ingredients

Fettuccine 1 paket
Sos Carbonara Prego 1 tin
Susu Penuh Krim 1 cawan
Cendawan Butang 1 tin
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 3-4 ulas
Serbuk Lada Hitam Agak - agak
Udang Beberapa ekor
Carrot 1/2 batang
Broccoli 1potong kecil
Minyak Untuk Tumis Secukupnya
Garam Secukup rasa
Air Masak Secukupnya

Instructions

1

Didihkan air, masukkan sedikit garam dan minyak. Rebus fettuccine hingga lembut dan toskan.

2

Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar yang sudah dicincang / potong dadu. Tumis sampai wangi.

3

Masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
** Boleh juga guna sotong/ ayam/ sosej. Ikut selera masing- masing

4

Masukkan sos carbonara Prego

5

Masukkan cendawan butang yang telah dipotong kepada 4 bahagian, dan juga masukkan carrot dan broccoli yang telah dipotong kecil.

6

Masukkan susu segar dan juga sedikit air. (Agak- agak ikut kepekatan kuah yang anda nak).

7

Taburkan serbuk lada hitam. Biarkan kuah masak seketika. SIAP!

8

Hidangkan fettuccine dalam pinggan, tuangkan kuah carbonara. Sedia untuk dimakan :)