Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Suji Brunei"


Tips

Untuk tepung,kalau adunan terlampau lembik, tambah lagi dari 370 gram tu. Kalau ok, tak perlu tambah.

Jika tidak mahu salut dengan bahan salut,lebihkan gula di dalam adunan.resepi asal 180 gram,saya tambahkan sedikit kerana kurang manis.

Ingredients

Minyak Sapi 200 gram
Shortening 100 gram
Gula Kastor 185 gram
Kuning Telur 1 biji
Suji 80 gram
Tepung Jagung 80 gram
Cornflakes Kisar Halus 100 gram
Tepung Gandum Secukupnya 370 gram ( + / -) kurang atau lebih
Bahan Salut: Nestum Kisar Halus, Susu Tepung, Gula Aising (Optional) Gaul rata semua bahan salut.

Instructions

1

Putar minyak sapi, shortening dan gula halus sehingga rata.

2

Masukkan kuning telur dan putar sehingga sebati dan rata.

3

Perlahankan kelajuan dan masukkan suji, tepung jagung, cornflakes dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut.

4

Ambil secubit adunan, gentel sebesar guli dan susun dalam loyang pembakar. Pastikan loyang telah digris dahulu.

5

Bakar 180 darjah celcius selama 15-20 minit, atau hingga kuning keemasan.

6

Biarkan sejuk dalam dulang pembakar.

7

Golek dalam bahan salut dan isi di dalam paper cup. Simpan di dalam bekas kedap udara.