Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Cheese Leleh"


Tips

Krim Cheese Leleh boleh ditukar kepada pelbagai jenis topping lain (eg: Chocolate/Gula halus/peanut/etc)

Ingredients

Bahan Donut
Yis (Eg: Mauripan, Etc) I paket kecil (8 - 11 gram)
Gula Pasir 2 sdb
Susu (Susu Pekat/susu Tepung) 2 sdb
Marjerin 3 sdb
Air Suam 200 ml
Telur (Pukul Sikit Dengan Secubit Garam) 1 biji
Tepung Gandum (Ayak Sekali) +- 500 gram (secukupnya)
Bahan Krim Cheese Leleh
Philadelphia Cream Cheese 200 gram
Butter 1 sdb
Susu Pekat Manis 1/2 Tin
Hiasan
Parutan Block Keju Cheddar Secukupnya

Instructions

Cara Donut

1

Dalam mangkuk besar, campurkan yis, gula pasir, susu, dan marjerin dalam air suam. Kacau sedikit hingga gula agak larut. Kemudian, tutupkan mangkuk tadi dan biarkan selama 8 - 10 minit sehingga yis kembang.

2

Apabila yis telah mengembang, masukkan separuh daripada jumlah tepung gandum, kacau rata menggunakan senduk secara perlahan. Tambahkan telur yang telah dipukul sedikit dengan secubit garam tadi dan kacau hingga rata.

3

Setelah itu, masukkan lebihan tepung gandum, sedikit demi sedikit sambil menguli menggunakan tangan, sehingga menjadi doh yang lembut.

4

Bentukkan donut dan tunggu sehingga ia menjadi ringan (+-10 minit). Goreng donut dengan minyak penuh dan panas dengan api sederhana. Jangan goreng terlalu lama, memadai jika donut sudah bertukar warna sedikit perang daripada warna asal (putih).

5

Kemudian angkat donut dan toskan minyak (supaya krim boleh melekat)

Cara Krim Cheese Leleh

1

Pukul creamcheese dengan butter. Apabila sudah kembang, masukkan susu pekat manis dan pukul sehingga gebu. (Boleh tambah dan kurangkan susu mengikut citarasa kemanisan yang disukai)

2

Kemudian, sapukan/paipkan atas donut, dan tabur dengan parutan block keju cheddar. Siap untuk dihidangkan.