Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Udang Umi"


Tips

Udang tidak dikupas sebelum masak, hanya dibuang bahagian tertentu. Kepala udang menambah manis kari yang dimasak.

Gunakan kari adabi kerana lebih kaw dan pedas.

Ingredients

Udang 1 kg
Bahan Kisar
Bawang Besar 2 biji
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bahan Kuah
Halia (Diketuk) 3 inci
Serbuk Kari 1/2 cawan
Daun Kari 3 tangkai
Asam Jawa Xtra 1/2 sudu besar
Pati Santan Kara 1/2 kotak
Tomato (Dipotong 4) 1 biji
Gula 1/2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Minyak 4 sudu besar
Air 4 cawan

Instructions

1

Bersihkan udang.

Tumiskan bahan kisar,halia & daun kari sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan serbuk kari, kacau sehingga pecah minyak & masukkan asam jawa, tomato serta garam gula.

2

Masukkan udang dan kacau balikkan.
Masukkan air, biarkan sehingga mendidih.

3

Masukkan santan dan kacau seketika.
Siap untuk dihidang.