Tepung Gandum | 1 3/4 cawan |
Serbuk Koko | 3/4 cawan |
Baking Powder | 1 1/2 sudu teh |
Baking Soda | 1 sudu teh |
Garam | 1 sudu teh |
Gula Kastor | 1 1/2 cawan (resepi asal 2 cawan,maka terpulanglah) |
Telur Gred A | 2 biji |
Minyak Jagung | 1/2 cawan |
Esen Vanila | 2 sudu teh |
Susu Segar | 1 cawan |
Air Panas | 1 cawan |
Chocolate Chips | Untuk hiasan |
Badam Nibs | Untuk hiasan |
Milk Chocolate Compound Beryl's | Cairkan sahaja guna kaedah double boiling |
Panaskan oven pada suhu 177 darjah celcius. Letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang.
Dalam mangkuk, campurkan gula,tepung,serbuk koko,garam,baking powder,baking soda dengan menggunakan egg whisk sehingga sebati.Ketepikan.
Sebelum masukkan telur,pecahkan dulu telur di dalam mangkuk lain agar telur kuning itu pecah.
Di dalam mixer,masukkan telur,susu, minyak dan esen vanila.Pukul selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
Masukkan semua bahan kering sehingga sebati (rujuk bahan di langkah 2). Akhir sekali masukkan air panas. Sebatikan.Adunan memang akan kelihatan cair.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 40- 50 minit atau sehingga kek masak.
Apabila kek sejuk, tuangkan chocolate Beryl's yang telah dicairkan,dan hias dengan chocolate chips dan badam nibs.