Back to Recipe Print

Recipe for "Mi Kari Seafood"


Tips

Untuk menjadikan resepi lebih istimewa, boleh tambahkan lobster atau udang besar

Ingredients

Rempah Kari Daging 2 senduk
Rempah Tumis 1 bungkus kecil
Serai 1 batang
Daun Kari 3 tangkai
Santan Pekat 200 gram
Udang 10 ekor
Sotong 5 ekor
Fishcake 1 keping
Fishball 1 bungkus
Isi Kerang 1 cawan
Sawi 2 pokok
Bahan Kisar
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia 2 cm
Serai Setengah batang
Udang Kering (Direndam Dahulu) Setengah cawan
Bahan Hiasan
Telur Rebus 5 biji
Daun Sup 1 pokok
Tauhu (Digoreng) 3 keping
Taugeh Segenggam
Bawang Goreng 1 cawan

Instructions

1

Kisar bahan kisar dan campurkan ke dalam rempah kari, tambah air, dan kacau sehingga menjadi pes.

2

Tumis pes kari bersama serai, daun kari dan rempah tumis sehingga garing

3

Masukkan udang, sotong, kerang atau sebarang seafood dan tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang anda inginkan

4

Setelah mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih, (tambah air jika perlu)

5

Masukkan sawi, garam, serbuk perasa (jika mahu) dan gula

6

Biarkan didih seketika dan matikan api

7

Basuh mi kuning sehingga bersih dan celurkan dalam air panas beberapa saat

8

Masukkan ke dalam mangkuk dan hias