Back to Recipe Print

Recipe for "Karamel Puding Rainbow Chiffon Cake"


Tips

1. Resepi telah diolah supaya penggunaan telur sekata,tiada lebihan egg yolk atau telur putih
2. Sedap dimakan sejuk
3. Boleh dihidang bersama freshkrim dan buahan kegemaran
4. Minyak boleh guna minyak sawit,minyak canola

Ingredients

Bahan Puding Karamel
Telur Gred A 3 biji
Telur Kuning Sahaja (Egg Yolk) 3 biji
Susu Cair 1 tin
Bahan Kek A
Putih Telur 6 biji
Gula Castor 50g
Bahan Kek B
Telur Kuning (Egg Yolk) 3 biji
Gula Castor 50g
Air 135ml
Minyak Sayuran 45ml
Tepung Gandum 140g
Baking Powder 1 sdt

Instructions

Cara membuat puding caramel

1

Cairkan 4 sdb gula terus dalam loyang ..ketepikan biar sejuk. Tapis & tuang campuran telur dan susu + 1sdt esen vanila kedalam loyang berkaramel tadi.

Cara menyediakan bahan kek A

1

Pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk dengan kata lain sediakan meringue. ketepikan

Cara membuat kek

1

Pukul telur merah dan gula hingga hancur , masukkan air dan minyak. Pukul serata

2

Ayak tepung bersama baking powder. Campurkan bahan ayak kedalam batter tadi. Pukul sebati

3

Menggunakan spatula , masukkan 1/2 dari meringue tadi kedalam batter , kaup balik kan hingga rata

4

Habiskan baki meringue tadi , kaup balik perlahan hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian warna yang suka

5

Sendukkan bancuhan berwarna ditengah2 loyang berpuding tadi, tindihkan warna sehingga habis

6

Bakar 'bain-marie' selama 1 1/2 jam suhu 170'c .. oven dipanaskan terlebih dahulu. Api bawah sahaja

7

Biarkan suam sebelum diterbalikkan keatas pinggan. Sisipkan pisau ditepi kek sebelum diterbalikkan