Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Budu"


Tips

Daging budu ni sedap sekiranya makan keesokan hari sebab rasa dia tu dah sebati. dalam daging..dan kuah pun lagi berperisa

budu tak kisah guna jenama apa pun tapi tahap kemasinan budu berbeza setiap jenama..

Ingredients

Bawang Merah * 5 ulas
Cili Api * 3 tangkai
Lada Kering * 3 tangkai
Kunyit* 1 inci
Lengkuas * 1 inci
Asam Keping 3 keping
Lada Burung 15 tangkai
Budu 1 1/2 senduk
Daging 400gm
Gula Melaka 1/2 keret

Instructions

1

Bahan-bahan yang bertanda * diblender halus. sediakan periuk, masukkan bahan yang telah dimesin, daging yang telah dipotong dan air 500ml.

2

Kacau rata dan letak atas dapur . biarkan mendidih lama sikit baru masukkan asam keping dan lada burung .

3

Pastikan sampai daging tu empuk ..sekali sekala kacau jika air nampak kering tambah air ya.tapi jangan banyak sangat

4

Bila daging dah empuk boleh masukkan budu dan gula melaka..reneh dengan api sederhana sehingga kuah tu nampak pekat sikit..

5

Garam tak payah letak ya budu dah masin.. kalau rasa macam tak cukup masin tu tambah budu..lagi banyak budu lagi sedap..

6

Gula melaka tu boleh tambah sekiranya nak bagi manis sikit