Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Ala Chinese"


Tips

Boleh tambah cilipadi potong semasa menumis jika mahu pedas

Ingredients

Bihun 1 cekak
Tauge 1/2 mangkuk kecil
Carrot Sikit
Kucai 1 pokok
Lobak Asin 2-3 ketul kecil
Telur Sebiji
Bawang Putih Seulas
Udang 5-6 ekor
Dada Ayam 1/2 bahagian
Tepung Jagung Sedikit
Minyak Secukupnya
Kicap Cair Secukup rasa
Kicap Pekat 1/2 sdb

Instructions

1

Rendam bihun hingga betul2 lembut,toskan.
Buang ekor tauge,potong kucai dan carrot kira2 2".
Cincang lobak asin. Ketuk kasar bawang putih.

2

Hiris isi ayam dan perapkan dengan sikit tepung jagung.
Buang kulit udang.

3

Goreng seketika isi ayam yang diperap tadi, toskan & ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik bau,

4

Masukkan udang dan carrot , goreng sekejap.
Kemudian masukkan isi ayam,bihun dan lobak masin.

5

Kacau hingga rata,kemudian masukkan kicap pekat dan kicap cair dan pecah kan telur ditengah2 kuali
Kacau lagi hingga sebati semua

6

Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai. Goreng sekejap dlm 1-2 min sahaja supaya taugeh tidak terlalu lecur

7

Hidang panas