Back to Recipe Print

Recipe for "Nyummy Chicken Bergedil"


Tips

Sesuai menggunakan kentang kuning kerana senang untuk diuli dan tidak mudah rapuh ketika digoreng. Boleh juga letak bawang goreng didalam adunan. Semasa menggoreng gunakan api kecil supaya bergedil tidak cepat hangit. Saya tidak merebus kentang kerana kentang yang digoreng lebih tahan lama dan senang dibentuk.

Ingredients

Ayam Cincang 1 mangkuk kecil
Kentang Kuning 6 biji sederhana dipotong
Bawang Merah 3 ulas dicincang
Daun Sup Dicincang halus
Garam Secukup rasa
Lada Sulah Sedikit
Minyak Untuk menggoreng
Telur Ayam 1 biji

Instructions

1

Goreng kentang sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk semua kentang sehingga lumat.

2

Tumis bawang merah sehingga layu. Masukkan pula ayam cincang.

3

Letakkan sedikit garam dan lada sulah sebagai bahan perisa. Apabila sudah masak tutupkan api.

4

Masukkan kentang, ayam yang telah ditumis, daun sup, dan sedikit garam.

5

Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Bulatkan bergedil mengikut saiz yang anda suka.

6

Pukul telur dalam mangkuk kecil. Salut bergedil dengan telur dan goreng sehingga kuning keemasan.

7

Angkat dan letakkan di atas tisu dapur supaya lebihan minyak dapat diserap.

8

Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama soto atau nasi panas.