Back to Recipe Print

Recipe for "Jeruk Mangga"


Tips

1. Resepi ini tidak menggunakan sukatan yg sama, bergantung pd kuantiti mangga & kemanisan yg diingini.
2. Semasa rendam dlm balang, letakkan cawan kaca. Cawan kaca bertindak sebagai pemberat supaya mangga tenggelam dlm air gula.
3. Jika suka mangga bewarna kuning, masukkan serbuk kunyit semasa merendam dlm air garam.

Ingredients

Buah Mangga Muda 3 biji
Garam Halus 1sb
Kapur Makan 1sb
Gula 1 cawan
Air Secukupnya

Instructions

1

Kupas mangga, basuh & potong. Tak perlu potong terlalu nipis untuk mengekalkan kerangupan mangga.

2

Masukkan dalam bekas/besen, penuhkan air supaya menutupi mangga & masukkan garam & kapur yg dibancuh dgn sedikit air. Tutup bekas.

3

Rendam 24 jam atau lebih. Sesekali kacau supaya terendam sekata. Apabila cukup masa toskan air, tak perlu dibilas.

4

Masak air bersama gula & kacau hingga gula larut. Sejukkan.

5

Masukkan buah mangga dlm balang, tuang air gula. Pastikan mangga tenggelam.

6

Masukkan dlm peti sejuk & biarkan 24 jam. Lebih lama lebih sedap kerana semua bahan sudah mesra.

7

Jika kurang manis boleh tambah gula & kacau. Gula akan larut sendirinya.