Back to Recipe Print

Recipe for "Kentang Ibunda"


Tips

Juka tidak suka rasa udang kering, boleh digantikan dengan ikan bilis

Ingredients

Kentang Bersaiz Besar 4 biji
Bawang Merah 3-4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Cili Merah 1-2 batang
Udang Kering (Bilas Dan Rendam Seketika) 1/2 mangkuk kecil
Serbuk Lada Hitam 1 sudu teh
Daun Sup Dan Daun Bawang 1/2 mangkuk kecil

Instructions

1

Rebus kentang hingga empuk. Kemudian potong kentang berbentuk kiub.

2

Tumbuk udang kering. Hiria bawang merah, bawang putih dan cili merah.

3

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dihiris dan udang kering yang telah ditumbuk tadi hingga agak garing.

4

Kemudian, masukkan kentang dan serbuk lada hitam. Kacau sebati dan tambahkan dengan perasa jika perlu.

5

Taburkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata dan sedia dihidang bersama nasi atau enak dimakan begitu sahaja.