Telur Omega | 4 biji |
Kentang | 3 biji sederhana dipotong bulat |
Bawang Besar | 1 labu dipotong bulat |
Bawang Putih | 2 ulas diketuk |
Cili Padi | 3 tangkai dipotong kecil |
Sos Tomato Kimball | 5 sudu besar |
Kicap Manis | 3 sudu besar |
Sos Tiram | 1 sudu besar |
Air Suam | 1 cawan |
Garam | Secukup rasa |
Daun Sup/ Daun Bawang | Dihiris kasar |
Buah Tomato | 2 biji dibelah empat |
Minyak | Untuk menggoreng |
Goreng kesemua telur separuh masak. Kemudian goreng kentang dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga layu.
Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis sehingga garing.
Selepas itu, masukkan air. Kacau rata dan masukkan kentang, buah tomato dan sedikit garam.
Selepas mendidih tutup api dan curahkan kuah keatas telur mata.
Tabur daun sup saderi dan siap untuk dihidang.