Back to Recipe Print

Recipe for "Buttercheese Cake With Buttercream"


Tips

Untuk filling boleh digantikan dengan pelbagai filling kegemaran masing2

Ingredients

Bahan Untuk Kek
Tepung 1 3/4 cawan
Baking Powder 1 1/2 sudu teh
Telur 5 biji
Gula Kastor 1 1/2 cawan
Butter 170 gram
Cream Cheese 125 gram
Esen Vanilla 2 sudu teh
Bahan Untuk Buttercream
Butter 150 gram
Krimwell 350 gram
Susu Pekat Manis/sugar Syrup 1/3 cawan
Gula Icing 3 sudu besar

Instructions

Cara menyediakan kek

1

Ayak tepung bersama baking powder & ketepikan. Asingkan telur putih dan telur kuning dalam 2 bekas.

2

Pukul putih telur hingga kental. Tambahkan dengan sedikit garam dan pukul lagi. Dalam bekas berasingan, pukul butter & creamchesse hingga pucat.

3

Masukkan gula dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen vanila, kacau kemudian masukkan tepung yg diayak tadi.

4

Masukkan 1/3 putih telur ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup balik menggunakan senduk kayu/spatula. Setelah sebati, masukkan baki marigue tadi

5

Masukkan ke dalam loyang yg telah digris dan dilapik dengan kertas minyak. Tuang adunan dan bakar pada suhu 170°C selama lebih kurang 45-50 minit

Cara menyediakan buttercream

1

Pukul butter bersama krimwell hingga betul2 kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan gula icing. Kacau hingga sebati. Jika suka boleh diwarnakan

Cara menghias kek

1

Bahagiakan kek kepada 2/3 bahagian. Kemudian sapukan buttercream pada bahagian pertama dan tambah filling lain jika suka.

2

Habiskan melapis tadi pada semua bahagian kek. Kemudian sapu keseluruhan kek dengan buttercream dan hias ikut kreativiti masing2.

3

Untuk kali ini, saya hanya tambah hiasa mini heart shape pada bahagian twpi kek dan sedikit hiasan pada atas kek. Sesuai untuk apa jua sambutan.