Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Masak Lemak Cili Api Bertelur"


Tips

Nak sedap jangan terlalu cair

Ingredients

Ketam 3 ekor
Kunyit Hidup Besar ibu jari
Bawang Besar 1 biji
Telur 1 biji
Cili Padi 6 biji
Santan Kotak Separuh kotak
Garam Secukup rasa
Ajinamoto Sedikit je
Serai 2 batang diketuk

Instructions

1

Bersihkan ketam dan dibelah 2

2

Blenderkan bawang besar, cili padi dan kunyit hidup tuangkan sedikit air semasa blender

3

Masukkan ketam kedalam kuali dan tuangkan bahan yang dah di blender, masukkan kan serai dan gaulkan dengan api yang kecil, tanpa menggunakan minyak

4

Dah sebati dengan bahan2 tersebut baru tuangkan santan, kalau nak cair tuangkan sedikit air

5

Kemudian masukkan garam dan ajinamoto dan rasa

6

Dah cukup rasa baru pecahkan telur ayam dan gaulkan semasa kuah melegak agar telur akan sebati dengan ketam tersebut.

7

Dah cukup rasa boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.