Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Putri Ayu"


Tips

Jika mahu cepat, cara kaup balik boleh diganti dengan mixer pada kadar kelajuan paling rendah. *Boleh tukar kepada perisa lain seperti pandan dll.

Ingredients

Gula 1 cawan
Telur Gred A Atau B 2 biji
Ovalet 1 sb
Serbuk Koko 1 sb
Santan Sejuk 3/4 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Baking Powder 1 sk

Instructions

1

Pukul gula dan telur hingga kembang 2x ganda dan putih.

2

Masukkan ovalet, serbuk koko dan santan. Pukul rata.

3

Masukkan tepung dan baking powder yang diayak. Kaup balikkan hingga rata.

4

Sapu acuan dengan minyak dan letakkan sedikit kelapa parut yan digaul sedikit garam pada dasar acuan.

5

Tuang adunan dan kukus selama 7 minit. Pastikan kukus benar-benar panas ketika adunan dimasukkan.

6

Keluarkan dari acuan dan boleh dimakan panas-panas atau disimpan selama 2-3 hari tanpa hilang gebunya.

7

Jika mengikut cara dengan betul, hasilnya memang gebu seperti baldu.