Back to Recipe Print

Recipe for "Simple Fried Rice"


Tips

Tidak perlu tumis bawang merah dan bawang terlalu garing, cukup hanya naik bau. Gunakan bawang merah kecil dengan secukupnya. Rahsia masak nasi goreng yang sedap rencah perlu ditumbuk bukan dikisar.

Ingredients

Bahan-Bahan Ditumbuk Kasar
Bawang Merah Kecil 6 ulas
Bawang Putih 4 ulas
Cili Padi 7 tangkai
Ikan Bilis 1/2 genggam
Bahan-Bahan Lain
Cili Boh 2 sudu besar
Nasi Putih Semalaman 1 mangkuk besar digaul dengan 1 sudu besar garam
Lobak Merah 1/2 batang dipotong dadu
Kacang Buncis 1 genggam dipotong kecil
Sos Tiram. 1 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Gula 1 sudu kecil
Lada Sulah Sedikit
Minyak Untuk menumis

Instructions

1

Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

2

Masukkan cili boh dan gaul sebentar. Kemudian masukkan gula dan lobak merah dan kacang buncis.

3

Apabila sayur separuh masak tuang sedikit sos tiram dan lada sulah.

4

Kemudian masukkan nasi putih sikit demi sedikit. Gaul hingga rata.

5

Akhir sekali, masukkan sedikit kicap dan garam. Gaul nasi hingga rata.

6

Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng dan daun bawang sekiranya anda suka.