Back to Recipe Print

Recipe for "Seri Muka"


Tips

1. Pastikan tutup pengukus dibungkus dengan kain bersih bg mengelakkan air wap jatuh ke dalam loyang kuih.
2. Ketika mengukus beras pulut pastikan campuran santan dan air separas dengan beras pulut di dalam loyang supaya beras pulut masak dengan sempurna tidak terlalu keras(terkurang campuran santan dan air) atau terlalu lembik(terlebih campuran santan dan air).
3. Air daun pandan boleh dibuat dengan cara 2cawan air dikisar(blender) bersama 4helai daun pandan kemudian ditapis dan hampas daun pandan diperah untuk mendapatkan airnya.
4. Sekiranya terdapat titis-titis atau takungan kecil air wap dari tutup pengukus di atas permukaan kuih,ia boleh dikeringkan dengan cara buka tutup pengukus dan biarkan api menyala(seperti kukus tanpa menutupnya) selama 10minit atau sehingga titisan air sudah kering

Ingredients

Bahagian Bawah
Beras Pulut 2 cawan
Santan 1 cawan
Air 1 cawan
Minyak Masak 1 sudu makan
Garam Secukupnya
Bahagian Atas
Telur 2 biji
Santan 1 cawan
Air Daun Pandan 2 cawan
Tepung Gandum 1 ½ cawan
Gula 1½ cawan
Tepung Jagung 2 sudu makan
Pewarna Hijau 2 titik

Instructions

1

Untuk Bahagian Bawah
Cuci beras pulut sehingga bersih dan rendam seketika

2

Satukan beras pulut, santan, dan air dalam loyang

3

Kacau sebati sambil diperasakan dengan sedikit garam

4

Kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak

5

Untuk Bahagian Atas
Satukan semua bahan di dalam mixer atau blender

6

Mix/Blend semua bahan selama 5minit

7

Gores-goreskan permukaan pulut yang telah dikukus tadi sebelum adunan bahagian atas dituang

8

Tuang adunan bahagian atas ke dalam loyang berisi pulut yang telah digores permukaannya dan kukus lagi selama 20minit atau sehingga masak