Back to Recipe Print

Recipe for "Paprik Chicken Thai"


Tips

Boleh juga gunakan baby corn, bunga kubis dan kacang panjang. Jika tidak mahu menggunakan cili boh pun boleh.

Ingredients

Bawang Holland 1/2 labu dihiris kasar
Bawang Putih 3 ulas diketuk
Serai 2 batang dititik
Daun Limau Purut 5 helai
Jus Limau Nipis 2 sudu besar
Ayam Hiris 300 gram
Cili Boh 2 sudu besar
Lobak Merah 1 mangkuk dihiris nipis
Kacang Pea 1 mangkuk kecil dipotong sederhana
Buah Tomato 3 biji dibelah empat
Sos Tomato 2 susu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Minyak Masak Untuk menumis
Cili Padi 5 tangkai
Kiub Pati Ayam 1/2 kiub
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Air Suam Sedikit

Instructions

1

Tumiskan bawang putih dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh hingga garing.

2

Masukkan hirisan ayam dan sedikit gula. Selepas itu, masukkan lobak merah dan kacang pea hingga separuh masak.

3

Tuangkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, jus limau dan daun limau.

4

Kacau hingga rata. Apabila mendidih tuangkan air, garam, kiub pati ayam dan biarkan ia sebati.

5

Akhir sekali masukkan bawang holland, cili padi dan buah tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

6

Boleh dihidangkan bersama nasi panas atau nasi goreng.