Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Pandan"


Tips

Saya menguna bread maker sebab malas nak keluarkan mixer...kalau takde bread maker boleh guna mixer.

Ingredients

Tepung Roti 500 gm
Yis Segera 11 gm
Garam 6 gm
Gula 100 gm
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Bread Improver 1 sudu kecil
Marjerin 60 gm
Air Suam 220 ml
Pewarna Hijau 1 sudu kecil
Perasa Pandan 1/2 sudu kecil
Water Roux
Tepung Gandum 1/4 cawan
Air 250 ml
Hiasan Atas:
Cheddar Cheese 50 gm
Gula Pasir 50 gm

Instructions

Untuk water roux:

1

Campurkan tepung gandum dan air, masak atas api perlahan lahan.

2

Biarkan mendidih dan kacau hingga pekat dan angkat untuk sejukkan.

Untuk doh :

1

Satukan kesemua bahan kecuali pewarna hijau ke dalam breadmaker .

2

Set kan breadmaker untuk mengadun dan pemerapan sahaja. Biarkan doh direhatkan sehingga kembang.

3

Apabila doh sudah ready..keluarkan dan uli dengan tangan seketika. Bahagikan kepada 2 bahagian , satu putih dan satu lagi dicampurkan dengan pewarna hijau.

4

Bulatkan doh sama besar atau timbang 30 gm setiap biji dan susun dalam loyang pembakar selang seli. Rehatkan lagi selama 30 minit sebelum bakar.

5

Sebelum bakar bolehlah sagat cheddar cheese atau tabur dengan gula pasir. Bakar dengan suhu 180'C selama 16 minit.

6

Apabila sudah masak...cepat cepat sapukan marjerin diatas roti tadi.