Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Rempah Berserdak"


Tips

Elakkan menggunakan blender kerana jika dikisar menggunakan blender, perlu ditambah air. Lebih afdol jika guna lesung batu atau food processor jika ada.

Ingredients

Ayam 3 ketul
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia 2cm
Lengkuas 2cm
Cili Kering 3 tangkai
Serai (Bahagian Lembut Sahaja) 1 batang
Daun Kari 2 tangkai
Serbuk Kari Ayam 2sb
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Tumbuk bahan2 kecuali ayam & serbuk kari. Apabila lumat campurkan dgn serbuk kari & gaul sebati. Tambah sedikit air.

2

Lumurkan pada ayam & perap selama 20-30min.

3

Panaskan minyak & goreng hingga garing. Toskan & ceduk serdak2 yg ada di dlm belanga. Ini supaya minyak tidak hitam & serdak2 tidak hangit.

4

Akhir sekali goreng lebihan bahan tumbuk. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. Apabila garing, bolehlah diangkat & taburkan atas ayam.