Back to Recipe Print

Recipe for "Sheppard's Pie"


Tips

1. Tumis dengan hanya sedikit minyak kerana daging cincang akan mengeluarkan minyak apabila dimasak.
2. Boleh taburkan cheese diatas jika anda penggemar cheese.

Ingredients

Bahan Untuk Kentang
Ubi Kentang 6 biji
Butter 2sk
Lada Sulah 1/2 sk
Lada Hitam 1/2 sk
Susu Penuh Krim 2sb
Susu Cair 2sb
Bahan Untuk Inti
Daging Kisar 200gm
Cendawan Butang 5 biji
Carrot Size Sederhana 1 batang
Tomato Puree 2sb
Sos Cili 2sb
Tepung Gandum 1sb
Lada Hitam Kasar 1sk
Garam & Gula Secukup rasa
Bawang Besar Didadu 1/2 labu
Bawang Putih Didadu 1 ulas

Instructions

Cara menyediakan kentang

1

Kupas & rebus kentang hingga empuk. Toskan air & lenyekkan.

2

Masukkan semua bahan dan lenyek hingga sebati. Putar guna mixer supaya kentang lebih gebu.

Cara menyediakan inti

1

Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih hingga layu. Masukkan daging cincang. Kacau supaya daging hancur.

2

Masukkan cendawan butang & carrot. Kacau sebati.

3

Masukkan tomato puree, sos cili, garam & gula secukup rasa.

4

Masukkan tepung gandum & kacau sebati. Akhir sekali masukkan lada hitam, kacau sebati.

5

Sudukan kentang ke dasar loyang & ratakan. Sudukan inti daging, ratakan.

6

Akhir sekali sudukan kentang diatasnya & ratakan. Jika rajin masukkan kentang dlm piping bag.

7

Taburkan dgn english parsley yg dicincang & bakar dalam oven yg dipanaskan terlebih dahulu selama 30min