Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Gulung Kentang"


Tips

-goreng dengan api sederhana supaya kulit popia tidak lembek masa sejuk
-boleh difrozenkan

Ingredients

Bahan Kulit
Tepung Gandum 1 cawan
Garam Sedikit
Telur 1 biji
Air Lebih kurang 3cawan
Minyak Masak 2sdb
Bahan Inti
Kentang Potong Dadu 3-4 biji
Telur 2-3 biji
Bawang Merah Dadu 1 biji kecil
Cili Merah Hiris 1 - 2 biji
Serbuk Kunyit Sedikit
Garam,gula Secukup rasa

Instructions

Cara sediakan kulit

1

Bancuh tepung,telur,garam dan air hingga rata.
Nota : masukkan bahan kedalam blender lebih senang,tiada ketulan tepung

2

Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
*sukatan air mengikut kualiti dan jenis tepung

3

Masukkan minyak kedalam batter dan kacau rata. Lengserkan sikit minyak pada kuali nonstick, panaskan kuali

4

Sendukkan 1/2-3/4 senduk batter, dan lenggangkan nipis.
*sukatan mengikut saiz kuali dan saiz kuih yang diperlukan

5

Buat sehingga habis,sejukkan sebelum masukkan inti

Cara menyediakan inti

1

Tumis cili dan bawang hingga layu , masukkan kentang dadu

2

Tambah air secukupnya, reneh hingga kentang masak

3

Masukkan sikit serbuk kunyit untuk dapatkan warna yang menarik.Tambah gram dan gula secukup rasa

4

Akhir sekali masukkan telur, kacau hingga rata. Biarkan seketika hingga inti menjadi sedikit kering.

5

Sejukkan sebelum digulung didalam kulitnya. Goreng sebelum dihidang.
Sedap dicicah sos