Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Daging Salai Masak Lemak Cili Api"


Tips

Masa masak kalau rasa peso atau pahit. Dia memang macam tu. bila dah masukkan daging baru rasa sedap.

Ingredients

Daging Dihiris Semasa Masih Beku 200 gram
Kunyit Hidup 1/2 inci atau 1 inci
Garam Secukup rasa
Cili Api (Nak Lebih Pun Boleh) 15-20 biji
Santan Dalam Kotak 200 gram
Bawang Besar 1 biji
Bawah Putih 5 ulas
Serai 2 batang
Asam Gelugor 2 keping
Belacan Seubit
Halia 1/2 inch
Spaghetti 1 plastic

Instructions

1

Daging dihiris , letak garam and serbuk kunyit. Bakar dalam over 20 minutes 220°c . masak depan dan belakang sehingga nampak keras. rebus spaghetti.

2

Blend bawang besar, kunyit hidup, bawang putih Dan halia. Cili padi blend asing. Serai bersihkan dan tumbuk.

3

Kemudian masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. Masukkan santan kotak dan hidupkan api kepada sederhana.

4

Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging tersebut dan kacau sehingga masak.

5

Ambil sedikit spaghetti, dan letak ke dalam pinggan. Kemudian, ambil kuah daging salai dan juga daging. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap!