Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Tempoyak Ayam"


Tips

Pastikan tempoyak yang digunakan bukan tempoyak yang baru. Guna tempoyak yang sudah agak masam.

Ingredients

Ayam 1 ekor
Tempoyak 3 atau 4 sudu besar
Daum Kesum 2 tangkai
Bunga Kantan 1 kuntum
Kunyit Hidup/serbuk Kunyit 3/4 sudu
Air Ikut kesesuaian jumlah hidagan
Garam Secubit rasa
Cili Padi Ikut tahap kepedasan yg mahu

Instructions

1

Basuh ayam terlebih dahulu dengan bersih.
Bilas ayam dengan limau untuk hilangkan bau

2

Tumbuk cili,kunyit hidup dan garam kasar sehingga lumat.Tambah tempoyak ke dalam lesung batu dan tumbuk sekali dgn cili pada tadi.

3

Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan juga bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk sekali. Dan letakkan di atas dapur dn hidupkn api.

4

Kacau bahan yg ditumbuk agar sebati bersama ayam.Pastikan api dalam keadaan sdrhana.Tutup periuk untuk memudahkan ayam meresap bahan2 tdi.

5

Sentiasa perhatikan ayam di ats dapur.Buka sekali sekala penutup periuk.Kacau dan tambah air sedikit demi sedikit.

6

Bila air ayam sudah agak kering,tmbah akan air mengikut berapa banyak ayam yang digunakan.

7

Kacau ayam selalu.Bila sudah mendidih,tambahkan daun kesum,bunga kantan ke dalam gulai.

8

Boleh juga jika ingin meletakkan sayur bendi ke dalam gulai.Pastikan sayur diletakkan apabila gulai sudah mendidih.

9

Tambah kan sedikit perasa dan garam mengikut selera anda.