Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Ikan"


Tips

1. Boleh guna apa-apa jenis ikan.

2. Masukkan tomato untuk lebihkan perasa asli masam dan manis.

3. Sayur boleh masukkan bendi atau kacang pangjang.

Ingredients

Ikan Belanak 5 ekor
Cili Boh 3 sudu besar / ikut kepedasan
Bawang Besar* 1 biji
Bawang Putih* 7 ulas
Cili Api* 3 biji / ikut kepedasan
Halia* 1 inci
Asam Jawa Extra 1 1/2 sudu teh / ikut kemasaman
Limau Nipis Setengah biji
Daun Kesum Segenggam
Bunga Kantan *belah2 1 bunga
Carrot Setengah batang
Garam Sesedap rasa
Gula Sesedap rasa

Instructions

1

Buang isi perut ikan dan bersihkan ikan terlebih dahulu

2

Bahan bahan bertanda * dikisar kemudian ditumis bersama cili boh sehingga naik bau dan masukkan air dalam 2 gelas setengah.

3

Masukkan asam jawa extra, bunga kantan, carrot, dan daun kesum. Tunggu sehingga carrot empuk.

4

Masukkan ikan dan perahkan limau nipis. Masukkan gula dan garam ikut citarasa masing masing. Ikan dimasak lebih kurang lima minit sahaja. Siap! :)