Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Terlajak Gebu Cadbury"


Tips

1. Boleh pilih apa sahaja jenis salutan.

2. pastikan lubang donut besar kerana bila kembang dia akan mengecilkan lubang itu.

Ingredients

Garam 15 gram
Tepung Gandum High Protein 500 gram
Tepung Gandum Biasa 500 gram
Gula 150 gram
Yis 15 gram
Superbake/kfine 10 gram
Marjerin 100 gram
Susu Segar 250 gram
Air Sejuk 250 gram

Instructions

1

Campurkan kesemua bahan kecuali air dan susu. Putar lebih kurang 5 minit

2

Tambah susu dan air, putar 10 minit.

3

Timbang doh 40 gram, bulatkan. Rehatkan doh 10 minit.

4

Leperkan doh dengan menekan menggunakan tapak tangan. Bulatkan di tengah atau guna acuan jika ada.

5

Biar doh mengembang dalam 1 jam atau hingga 2 kali ganda saiz

6

Goreng dengan api perlahan supaya benar-benar masak di dalamnya.

Salutan Cadbury

1

Satu papan cadbury saiz besar ditambah 1/2 cawan susu segar. Gunakan kaedah double-boil.