Back to Recipe Print

Recipe for "Abby's Bakery Mini Pavlova"


Tips

1. Pastikan telur putih sahaja tanpa setitik pun telor kuning dalam adunan... & pastikan peralatan bebas dari kotoran dan air..

2. guna buah buahan masam spt strawberry, manggo, kiwi dan anggur untuk counter rasa manis cik pavlova

Ingredients

Putih Telur 4 biji (gred a)
Gula Halus 1 cawan
Esen Vanila 1 sudu teh
Tepung Jagung 2 sudu besar
Cuka Makan 1 sudu teh
Whipping Cream 450ml
Buah Anggur, Kiwi, Strawberry, Mangga Untuk Hiasan Depends

Instructions

1

Pukul putih telur sehingga kembang guna mixer

2

Agak2 bila putih telur tu dah berbuih-buih macam buih dalam bath tub, hihi.. masukkan gula halus sikit demi sedikit

3

Pukul sampai berkilat sampai jadi meringue.. kalau nak tau menjadi ke tak cuba terbalikkan mangkuk tu...tengok adunan jatuh ker tak....hihi

4

Masukkan esen vanila, cuka makan dan tepung jagung... kacau guna spatula... nak gune senduk pun boleh... hihi

5

Pipingkan adunan ke dalam acuan... (depends dgn saiz yg anda kehendaki)

6

Panaskan oven 150 darjah selama 15 minit

7

Sementara menunggu oven panas, pukul whipping cream sampai kental... dan masukkan dalam peti ais

8

Setelah oven panas, masukkan adunan dan bakar selama sejam ( depends dgn oven korang) Agak2 atas die dah bertukar perang masak lah tu... eheh

9

Bila dah masak... biarkan dalam oven dalam 10minit... dalam keadaan pintu oven terbuka sikit

10

Untuk hiasan... pipingkan whipping cream d atas pavlova dan hiaskan dengan buah buahan yg telah disediakan