Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Wantan"


Tips

Leraikan mee sebelum dicelur supaya mee tidak melekat.

Ingredients

Untuk Menyediakan Mee
Mee Wantan Kering 4 keping
Kicap Manis Abc/ Kicap Pekat Biasa 100 ml
Minyak Bijan 50 ml
Lada Sulah 1 cmt
Untuk Menyediakan Sup
Isi Ayam Bahagian Dada 3 keping
Rempah Sup Bunjut 1 paket
Daun Sup/ Daun Bawang 1 cmb
Bawang Goreng 2 cmb
Garam Secukup rasa
Untuk Menyediakan Ayam
Isi Ayam 3 keping
Kicap Manis Abc/kicap Pekat Biasa 100 ml
Serbuk Lada Hitam 1 cmb
Rencah Tambahan
Sayur Sawi / Siew Pak Choy 4 pokok
Tauhu Kering Berperisa 100 g

Instructions

1

Didihkan air bersama sedikit minyak. Celur mee wantan, angkat dan toskan.

2

Siram mee wantan dengan air sejuk supaya mee wantan tidak lembik. Toskan.

3

Gaul mee wantan bersama kicap ABC, minyak bijan & sedikit lada sulah.

1

Rebus isi ayam bersama rempah sup bunjut, bawang goreng, daun sup & daun bawang. Perasakan garam.

1

Isi ayam yang telah direbus tadi diperap bersama kicap ABC & lada hitam selama 30 minit.

2

Panggang isi ayam. Hiris nipis isi ayam.

1

Sawi dicelur. Tauhu kering digoreng.

1

Letakkan mee wantan bersama rencahnya iaitu isi ayam, sawi & tauhu kering. Hidang bersama sup.

2

Jika mahu pedas sesuai dimakan bersama cili jeruk.