Sayur Kailan | Agak-agak untuk sekali makan |
Carrot | Sebatang |
Bawang Putih | 2 ulas |
Bawang Merah | 1 ulas |
Halia | 1/2 inchi |
Cili Merah Besar | 1 biji |
Telur | Sebiji |
Tepung Jagung | 1 sudu besar |
Sos Tiram | 2 sudu besar |
Limau Kasturi | Sebiji |
Garam | Secukup rasa |
Gula | Secukup rasa |
Pati Ikan Bilis | 1 sudu kecil |
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Masukkan carrot, goreng sebentar.
Selepas itu, masukkan pati ikan bilis dan sos tiram.kacau sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi. Perasakan secukupnya.
Masukkan telur, jangan kacau. Biarkan telur masak sebentar.
Masukkan kailan dan cili merah besar yg dipotong menyerong.
Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perlu sentiasa dikacau.
Tunggu mendidih sekejap, jangan lama-lama takut sayur menjadi layu...siap...