Chicken Parts Dalam 8 Bahagian | 700 grams |
Bawang Besar | 1 biji |
Bawang Putih | 2 biji |
Halia | 4 inch |
Kunyit Hidup | 3 inch |
Serai | 1 batang |
Bunga Kantan | 1 batang |
Cili Mesin | 4 sudu |
Asam Jawa | 2 sudu |
Garam | Secukup rasa |
Gula | Secukup rasa |
Kunyit Serbuk Untuk Ayam | 1 sudu |
Minyak Masak | Agak agak |
Cuka Makan | 1 sudu |
Bersihkan ayam dan toskan biar air kering. Gaul dgn kunyit serbuk.
Panaskan minyak masak
Blend bawang besar, bawang putih, halia, kunyit.
Bila minyak dah panas, tumis bahan yang sudah diblend sampai wangi
Masukkan cili giling dan tumis lagi, perlahankan api.
Lepas 5 minit, masukkan ayam. Gaul2 dengan bahan tumis tadi. Api slow lagi.
Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam. Agak agak kalau nak kuah banyak boleh tambah lebih air. Kalau nak masam boleh tambah lagi asam jawa.
Hiris bunga kantan bahagian bunga tu halus halus, masukkan dalam masakan, api slow lagi.Bahagian batang bunga kantan tu, titik kan sahaja dan masukkan juga.
Titik serai dan masukkan juga. Boleh tunggu sampai masak.
Perasakan dengan garam dan gula. Tambah cuka 1 sudu tu.