Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Udang Petai"


Tips

Rebus petai dahulu bagi mengurangkan bau petai.

Ingredients

Udang 10 ekor (sederhana besar)
Petai ( Ambil Isi Sahaja) 2-3 papan
Cili Kering (Dibuang Biji Dan Direndam Dahulu) 15 tangkai
Bawang Besar 2-3 biji
Bawang Putih 5 ulas
Garam 2 sudu kecil
Gula 2-3 sudu kecil
Belacan 1/2 inci
Air 1/2 cawan
Minyak Masak 3-4 sudu besar

Instructions

1

Kisarkan bahan-bahan tersebut (cili kering, bawang besar dan juga belacan)

2

Panaskan kuali dan masukkan minyak.

3

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sebentar tadi.

4

Masukkan sedikit air dan kacau.

5

Masukkan udang dan petai yang telah dicuci bersih.

6

Kacau dan masukkan garam dan gula.

7

Kacau. Perlahankan api dan tunggu sehingga pecah minyak.

8

Tutup api.Dah siap boleh la dihidangkan.