Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Kicap"


Tips

1. Boleh hiris cili padi jika mahu pedas .

2. Ayam digoreng dengan tidak terlalu garing kerana ayam akan menjadi keras apabila dimakan.

Ingredients

Bawang Merah (Dipotong Bulat) 1 biji
Bawang Putih (Dihiris Halus) 2 ulas
Halia (Dihiris Halus) Besar ibu jari
Lada Merah (Dihiris Serong Secara Halus) 1 biji
Lada Hijau (Dihiris Serong Secara Halus) 1 batang
Cili Padi (Dihiris Serong Secara Halus ) 3 batang
Ayam (Digoreng Sehingga Kekuningan) 8 ketul
Kicap Secukupnya
Sos Tiram Secukupnya
Sos Cili Secukupnya
Daun Sup (Dihiris) 2 helai
Daun Bawang (Dihiris) 2 helai
Garam Secukupnya
Gula Secukupnya
Air Secukupnya

Instructions

1

Tumiskan bawang merah ,bawang putih ,halia ,lada merah ,lada hijau dan cili padi ke dalam kuali dengan minyak yang panas.

2

Tunggu sehingga bahan tumisan naik bau.

3

Masukkan kicap ,sos tiram ,sos cili ,garam dan gula secukupnya.

4

Tambahkan sedikit air ke dalam masakan.

5

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.

6

Tunggu sehingga masakkan mendidih.

7

Lauk sedia dihidang .Dan tabur daun sup dan daun bawang (yang telah dihiris) sebagai hiasan.

8

Hidangan sedia dinikmati.