Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam"


Tips

jika mahu lebih sedap, gunakan ayam whole leg, setelah siap goreng, bolehlah diketuk dan dipotong2 bagi menambahkan rasa yang lebih 'juicy'

Ingredients

Nasi
Beras 1 kg
Serai Ketuk 2 batang
Daun Pandan Simpul 2 helai
Garam 1 tbsp
Gula 2 tbsp
Knorr Chicken Stock 1 1/2 tbsp
Butter 1/2 buku
Serbuk Kunyit 1 tbsp
Air Tapis 2 liter
Sup
Ayam 10 ketul
Bawang Besar Kisar 3 biji
Bawang Putih Kisar 8 ulas
Air Tapis 2 liter
Halia Kisar 2 inch
Serbuk Sup 1 senduk
Serai Ketuk 3 batang
Sup Bunjut 1
Garam Secukup rasa
Serbuk Pasti Sedap Secukup rasa
Tomato Dibelah 4 2 biji
Kentang 2 biji
Carrot 1 batang
Daun Sup Secukupnya
Bawang Goreng Secukupnya
Gula Secukup rasa
Limau Nipis 1 biji
Ayam Goreng
Kicap 1 senduk
Sos Tiram 5 tbsp
Cili Sos 1/2 senduk
Madu 1/2 senduk
Garam 2 tbsp
Serbuk Kunyit 1 tbsp
Serai Kisar 3 batang
Salad
Salad 10 helai
Timun Jepun 1 batang
Tomato 2 biji
Sambal
Cili Sos 1 senduk
Kuah Sup 1/2 senduk
Kicap
Kicap Manis 1 senduk
Kuah Sup 1/2 senduk

Instructions

Cara memasak nasi

1

Basuh beras, dan tapiskan. Panaskan periuk, tumis 1/2 buku butter, masukkan serai dan bwg kisar.

2

Masukkan air tapis tadi 2 liter, daun pandan, serbuk kunyit, pasti sedap, gula dan garam. Kacau dan biar mendidih.

3

Setelah mendidih, masukkan beras dan biarkan ianya masak.

Cara menyediakan sup

1

Di dalam periuk, panaskan minyak, tumiskan bawang kisar dan masukkan ayam.

2

Masukkan serbuk sup yang telah dicapurkan dengan air, kemudian masukkan ayam, kentang dan carrot.

3

Masukkan air, biar mendidih. Setelah ayam masak, keluarkan dan ketepikan.

4

Ayam tadi adalah ayam untuk ayam goreng sebentar lagi.

5

Kemudian masukkan sup bunjut, garam, gula, pasti sedap dan limau nipis.

6

Renehkan sehingga ramuan sebati, masukkan daun sup, tomato dan juga bawang goreng.

Sambal

1

Di dalam mangkuk, ambil 1 senduk cili sos dan 1/2 senduk sup.

2

Gaulkan rata. Siap

Kicap

1

Ambil 1 senduk kicap manis

2

Gaulkan dengan 1/2 senduk sup. Sedia dihidangkan

Ayam goreng

1

Ayam yang telah direbus tadi, gaulkan dengan madu, kicap, cili sos, garam dan kunyit dan serai kisar.

2

Sedia digoreng dalam api 160 darjah celcius. Selamat mencuba!