Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Kaswi"


Tips

boleh tambahkan sedikit air halia untuk aroma dan penyedap

Ingredients

Tepung Gandum 1 cawan
Gula Pasir 1/2 cawan
Gula Merah 1/2 cawan
Tepung Ubi 2 sudu besar
Kapur Sireh 1/2 sudu kecil
Kelapa Parut (Putih Shj) 1/2 biji
Garam 1/2 sudu kecil

Instructions

1

Gula merah dan putih dimasak dengan 3 cawan air bersama sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.

2

Tepung gandum dan tepung ubi dimasukkan ke dalam bancuhan air gula tadi suam-suam, kacau sehingga sebati.

3

Tinggalkan sedikit air gula tadi untuk dibancuh bersama kapur, selepas itu tapis dan masukkan kedalam bancuhan tepung dan gula tadi.

4

Setelah sebati adunan tadi, tapiskan dan masukkan kedalam loyang dan kukuskan selama 20 minit dengan api yang sederhana.

5

Setelah sejuk, boleh dipotong ikut suka, kemudian gaulkan kelapa parut bersama garam. Taburkan di atas kuih kaswi. Siap untuk dihidangkan