Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan Kerala"


Tips

Boleh juga digunakan mempelam muda untuk menggantikan tomato. Sangat sedap.

Juga boleh dikukus terdahulu kepala ikan supaya tidak terlalu hancur semasa dimasak di dalam kari.

Ingredients

Kepala Ikan Merah 1 bahagian
Bawang Merah India 5 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Hijau 3 biji
Rempah Kari Ikan 5 sudu besar
Halba 1 sudu kecil
Biji Sawi 1 sudu kecil
Jintan Manis 1 sudu kecil
Bunga Lawang 3 kuntum
Buah Pelaga 3 biji
Kayu Manis 2 batang
Cengkih 3 biji
Pes Asam Jawa 1 sudu besar
Tomato 7 biji (yang kurang masak)
Kacang Bendi 5 biji
Daun Kari 1-2 batang
Gula 1 sudu besar
Garam 2 sudu kecil

Instructions

1

Basuh bersih ikan dan ketepikan.

2

Tumbuk bawang merah bersama bawang putih kemudian terus panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang bersama semua rempah kecuali rempah kari ikan.

3

Apabila sudah naik bau, masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh bersama satu cawan air. Kemudian kacau dan renehkan.

4

Masukkan pes asam jawa dengan dibancuh bersama satu cawan air. Renehkan kembali.

5

Masukkan tomato yang telah dipotong empat, bendi, cili hijau yang telah dipotong dua.

6

Kemudian masukkan daun kari dan teruskan mereneh.

7

Kemudian masukkan gula dan garam. Masukkan air sekiranya terlalu pekat. Masukkan ikan dan jangan kacau, tutup periuk dan biarkan mendidih.

8

Lihat ikan selepas 10 minit, jika sudah masak, terus tutup api dan hidangkan.