Back to Recipe Print

Recipe for "Salted Egg Crab / Ketam Telur Masin"


Tips

1. Ketam hendaklah dicuci bersih

2. Kopakkan kulit ketam yg keras tu.

3. Cuci dulu bahagian dalamnya kemudian lekatkan semula kulit keras tu.

Ingredients

Ketam 2 ekor
Kunyit 1 sudu kecil
Garam Secukupnya
Bawang Putih - Cincang 4 ulas
Daun Kari 2 tangkai
Butter 2 sudu besar
Cili Api - Hiris 5 tangkai
Telur Masin - Ambil Kuningnya Sahaja (Hancurka) 3 biji
Susu Cair 3 sudu besar
Gula Secubit
Minyak Secukupnya

Instructions

1

Lumurkan ketam dengan kunyit dan garam
Goreng dalam minyak yg panas
Angkat dan toskan

2

Dalam kuali lain, cairkan butter. Masukkan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari dan cili api

3

Masukkan telur masin yg dah dihancurkan td teruskan mengacau

4

Masukkan susu cair dan secubit gula. Letak garam jika perlu (saya tak letak)

5

Masukkan ketam tadi, teruskan menggaul hingga sebati

6

Siap utk dihidang.