Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Nasi Ala2 Tomyam"


Tips

Saya nak bagi tips sikit..masa nak masakkn nasi tu..awal2 kita masukan air sikit dulu..jangan banyak2..sebab nanti bolh jimat gas..klau bubuh air bnyak2 lama pulak kene tungu kan..so kita masuk air sikit demi sedikit..kacau2..klau nampak air dah nak kering kita tambah lagi..sampai nampak dah jadi bubur..jngan tutup dengan piriuk masa masak bubur..takut air/buih tumpah..

Ingredients

Beras 1 cawan kecil
Ayam Satu gengam
Air 2 liter
Tomato 2 biji
Carrot 1 biji kecil
Daun Limau Purut 4 helai
Serai 1 batang
Limau Nipis/kasturi 1 biji
Daun Bawang 100 gram
Bawang Goreng (dalam packet)
Gula Sedikit
Garam 1 sudu besar
Sedikit Serbuk Cili Ikut suka hati
Telur Rebus (caption)

Instructions

1

Sediakan bahan2 di atas..ayam,tomato,carrot potong kecil2 sesuka hati..

2

Kemudian bersihkan beras dengan air..lepas dah cuci bersih masukkn air bersih dan masak kt atas dapur tungu sampai air mengelegak dan kacau..

3

Selepas kacau2 sampai nasi masak menjadi bubur..masukkan ayam,serai,daun limau purut,tomato dan carrot..kemudian masukkan garam,gula dan perasa

4

Kemudian kacau2 sampai beras/nasi tu jadi halus dan rasakan dia.. setelah rasa dah sesuai dengan cita rasa kita

5

Masukkan nasi bubur dalam mangkuk,perah air limau dan hias dengan daun bawang dan bawang goreng tadi..dah siap!!