Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Sup Mudah Dan Sedap"


Tips

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga ayam empuk..baru tabur bawang goreng dan daun sup.

Ingredients

Bihun 1 bungkus
Ayam 1 ekor
Sup Bunjut 1 bungkus
Air Secukupnya
Halia*** 2 inci
Bawang Putih *** 5 ulas
Bawang Merah *** 5 ulas
Kulit Kayu Manis 1 inci
Bunga Lawang 2 kuntum
Bunga Cengkih 2 kuntum
Buah Pelaga 2 biji
Cuka -Pilihan 1 sudu besar
Sos Tiram -Pilihan 1 sudu besar
Garam Dan Gula Secukup Rasa

Instructions

1

Bahan-bahan yang tanda *** diketuk2 manja (tak halus tak kasar, biasa2 sahaja hasilnya) untuk dijadikan bahan tumis.

2

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang keperangan dan wangi.

3

Masukkan air dan sup bunjut

4

Masukkan ayam dan tutup periuk biarkan ia mendidih. Masak sehingga ayam empuk.

5

Bila ayam hampir empuk..masukkan daun sup dan perasakan dengan garam serta perasa secukupnya..biar merenih & ayam benar2 empuk.. tutup api..