Back to Recipe Print

Recipe for "Blueberry Cheezy Moist Chocolate Cake"


Tips

Biarkan cream cream dalam keadaan suhu bilik supaya semasa putar cream cheese nampak licin dan cantik.

Ingredients

Bahan Kek
Coco Powder 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan
Minyak Jagung 1/2 cawan
Susu Cair 1/2 cawan
Susu Pekat Manis 1/4 cawan
Tepung Gandum 3/4 cawan
Telur 2 biji
Baking Powder 1 sudu kecil
Soda Bicarbonate 1 sudu kecil
Bahan Cheese
Cream Cheese 250g
Susu Full Cream 5 sudu makan
Susu Pekat 5 sudu makan
Bahan Lain
Blueberry Filling Secukupnya

Instructions

Cara membuat kek

1

Dalam satu periuk, satukan koko powder, gula, minyak jagung, susu cair, dan susu pekat.

2

Masak dengan api yang perlahan, kacau sehingga semua nya sebati. tutup api.

3

Pecahkan telur, pukul telur dahulu dan masukkan kedalam adunan tadi. masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonate. kacau sebati.

4

Tuangkan adunan kedalam bekas megikut kesukaan anda.

5

Panaskan pengukus, kukus kek selama 30 min. gunakan lidi dan cucuk pada kek, kalau tidak melekat bermakna kek sudah masak. angkat biarkan sejuk.

Cara membuat cream cheese

1

Satukan kesemua bahan, putar sehingga licin, lembut dan sebati.

Cara penyediaan

1

Keluarkan kek dan belah ditengah-tengah kek, sapukan filling blueberry.

2

Kemudian tuangkan cream cheese, tutup dengan kek, tuang lagi cream cheese diatas kek,

3

Akhir sekali letak filling blueberry ukir menggunakan lidi.

4

Simpan dalam peti sejuk sebelum menikmatinya.