Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Butter Prawn"


Tips

1. Kurangkan garam sebab butter sudah masin

2. Kalau nak lagi sedap makan dengan sambal cuka (Kisar cili merah + cili api merah + gula + cuka + garam)

Ingredients

Mee Kuning 500 g atau sebungkus
Udang (Dibersihkan) 15 ekor atau lebih
Sotong Optional
Sawi Pendek 1 pokok
Mentega 3 sudu besar
Susu Sejat 200 ml
Daun Kari Optional
Bawang Besar (Dipotong Dadu) 1 labu
Bawang Putih (Dipotong Dadu) 4 ulas
Cili Api (Diketuk) 4 biji atau lebih kalau suka pedas
Garam Dan Gula Ikut kesesuaian
Serbuk Kunyit Setengah sudu kecil
Perahan Limau Ikut kesesuaian
Minyak Sedikit sahaja
Air Setengah cawan

Instructions

1

Basuh dan celur mee kuning. Kemudian ketepikan.

2

Goreng udang sehingga bertukar warna merah (sekejap sahaja) kemudian angkat.

3

Masukkan mentega dalam kuali. Biar mentega cair.

4

Goreng bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari hingga layu dan naik bau.

5

Bila sudah agak garing masukkan susu sejat, serbuk kunyit, gula, garam dan air. kacau seketika.

6

Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Masak sekejap sahaja sebab tak nak udang overcook.

7

Siap! Tuang ke dalam mangkuk yang telah berisi mee kuning tadi. Perahkan sedikit limau atau makan dengan sambal cuka.