Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Goreng Serunding"


Tips

Boleh guna serunding ayam jika tidak suka / tidak ada serunding daging.

Ingredients

Bawang Besar (Dipotong Dadu) 1 labu
Roti Dipotong 4 Setiap Keping. Tak Perlu Buang Kulit. 4 keping
Garam Secukup rasa
Tepung Kacang Kuda 1 cawan
Serunding Daging 3 - 4 sudu besar
Cili Kisar (Cili Kering) 1 sudu besa
Bawang Putih Kisar. 1/2 sudu kecil
Air Secukupnya

Instructions

1

Roti dipotong 4, masukkan ke dalam talam, tak perlu gris dengan minyak atau mentega. Susun je bersepah dan bertindan.

2

Kemudian masukkan ke dalam pengukus.kukus selama 10 minit. Pastikan penutup tudung pengukus telah dibalut dgn kain,airnya telah mendidih.

3

Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk, dan sebatikan. Air tu agak-agak sahaja

4

Jangan pekat.jangan terlampau cair. Garam tu tak perlu ikut betul2 rasa secukupnya. Takut bila dah goreng terlebih masin.

5

Apabila roti dah siap dikukus, celup roti ke dalam tepung kacang kuda tadi dua2 belah. Kemudian goreng sehingga merah / keperangan.