Back to Recipe Print

Recipe for "Kangkung Goreng Belacan"


Tips

1. Saya menggunakan pes Sambal Goreng Hadani. Ianya pes yang sudah lengkap dengan kandungan bawang merah, bawang putih, belacan, cili padi dan ikan bilis.

2. Sangat sesuai untuk memasak apa sahaja makanan dan menjimatkan masa.

Ingredients

Kangkung 1 ikat
Pes Sambal Goreng Hadani 2 sudu besar
Bawang Putih 3 ulas
Sos Tiram 1 sudu besar
Bawang Besar Setengah biji
Cili Merah Setengah biji
Air 10-15 sudu besar
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Cuci kangkung dan asingkan batang dengan daun.

2

Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar pes sambal goreng Hadani. Tumis sehingga garing.

3

Masukkan bawang putih. Kacau sehingga bawang putih sedikit garing.

4

Sukat 1 sudu besar sos tiram dan gorengkan bersama sehingga naik bau. Jika terlalu kering boleh masukkan air sedikit demi sedikit.

5

Apabila sudah mendidih dan naik bau boleh masukkan batang kangkung dan hirisan bawang besar ke dalam kuali.

6

Seterusnya masukkan hirisan cili merah. Masak sehingga batang kangkung dan bawang lembut.

7

Akhir sekali masukkan daun kangkung dan perasakan masakan dengan garam. Jika kurang air boleh tambahkan sedikit air supaya berkuah. Angkat dan hidang.