Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Patin Masak Tempoyak Istimewa"


Tips

Jika tiada tempoyak boleh juga menggunakan isi durian terus dan tambahkan sedikit garam lebih enak dan sedap ! Selamat mencuba

Ingredients

Ikan Patin 1 ekor
Kunyit Hidup 1 ulas
Halia 1 ulas
Cili Padi 6 batang
Bawang Merah 1 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Tempoyak 3 sudu besar
Asam Keping 3 keping
Daun Kesum 1 ikat

Instructions

1

Basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam ke dalam air asam dan garam sementara menyediakan bahan yang lain

2

Kisarkan cili padi , bawang merah , bawang putih , kunyit hidup dan halia

3

Tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau

4

Masukkan satu cawan air selepas mendidih masukkan tempoyak . Garam , gula dan ajinomoto secukup rasa

5

Selepas itu , masukkan ikan dan masak hingga empuk . Akhir sekali masukkan asam keping dan daun kesum sehingga layu

6

Siap masak dan hidangkan untuk dimakan